top of page

UiTM UNICORN SCHOLAR PROGRAMME 2020
UiTM Cawangan Kedah sedang mencari 3 calon untuk dihantar ke saringan peringkat UiTM SeMalaysia bagi program UiTM Unicorn Scholar. Program ini merupakan sebuah mentoring programme dimana 30 peserta akhir yang dipilih akan menerima bimbingan perniagaan (1 tahun) daripada industri. Peserta-peserta akhir juga berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM300,000 (dalam bentuk biasiswa/ geran perniagaan) pada peringkat "cabaran perniagaan' dan "Business Pitching' di akhir program nanti. Syarat utama untuk menyertai adalah:
​
a) Mempunyai CGPA 3.5 ke atas ATAU CGPA 3.0 (namun mempunyai kegiatan dan sumbangan KoKurikulum yang menakjubkan).
b) Telah/sedang menjalankan perniagaan ATAU mempunyai idea/model perniagaan yang menarik.
c) Pelajar semester dua dan keatas (serta mempunya baki pengajian 1 tahun (2 Semester)).
c) Tidak mempunyai rekod tatatertib.
​
Maklumat lanjut program ini boleh didapati melalui FAQ yang dilampirkan:
​
​
Pelajar UiTM Kedah yang layak mengikuti program ini dialu-alukan untuk mengisi borang permohonan disini. Pihak MASMED UiTM Cawangan Kedah akan menjalankan saringan bagi memilih 3 calon akhir yang terbaik untuk ke peringkat UiTM SeMalaysia.
​
​
​

Permohonan Ruang Niaga
Masmed membuka permohonan menjalankan perniagaan di Dataran MASMED dan Kiosk Depo Bas bagi semester Mac - Julai 2020. Sila klik iklan dan borang untuk maklumat lanjut.
Semua permohonan mestilah sampai ke J/K MASMED sebelum 26 Feb 2020. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn Noraini Che Oon - 04-4562091.
Pelancaran Nescafe Hub UiTM Kedah
Nescafe Hub UiTM Kedah telah dilancarkan dengan jayanya pada 8 September 2019 oleh Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid (Rektor UiTM Kedah). Seramai 24 orang pelajar semester 1 terlibat dengan projek kali ini. Semoga Berjaya!!

bottom of page